July 31, 2013

The Killers !!

Posted by Madihah Ramli at 2:21 PM



Siapa kat sini yang minat The Killers? 
*aku . aku . aku
hehe

Aku tahu siapa yang tak minat rock ni memang tak kenal The Killers. 
The Killers ni kumpulan rock yang boleh dikatakan terkenal la juga kat Amerika Syarikat.

Ni aku nak bagitau.. The Killers akhirnya bakal menjejakkan kaki ke Malaysia dengan konsert sulung mereka pada 22 September nanti.

Konsert mereka, 'The Killers Live in Malaysia' akan diadakan di Helipad Litar Antarabangsa Sepang pada jam 8 malam.

Jualan tiket telah pun bermula pada 29 Julai lepas di mana tiket dijual pada harga RM238 dan RM358. Tiket-tiket ini boleh didapati di semua cawangan Rock Corner dan juga secara talian di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.futuresoundasia.com atau  www.facebook.com/officialfuturesoundasia.

Bestnya kan kalau aku dapat pergi. Tapi takpe la. Bagi information pun dah cukup. Ececece. (yalah tu).



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Milik Saya Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting